Monday, January 2, 2012

Mayat hancur dirempuh treler

Assalamualaikum dan selamat pagi :)
selamat bercuti kepade sume yang bercuti. dan selamat bekerja bagi yang bekerja. kesian sape2 yang kene keje arini. heehehe..bangun je pagi tadi terus online. sebab ape? sebab tak de mende nak buat ari cuti cam ni..pastu tetibe terbace paper kosmo. tentang kemlangan kat sitiawan, perak. oh setiawan. tempat keje lame aku dulu. kemalangan yang agak teruk. eh bukan agak teruk. tapi sangat teruk..kesemua orang yang dalam kereta tu meninggal dunia. 7 orang. mangsa sume mude2 lagi. umur dalam 22 hingga 15 tahun. sekolah lagi budak tu. mungkin dah smpai ajal.
jom bace pasal kemalangan tu. tapi sebelum tu same2 lah kite doakan semoga mangsa ditempatkan bersama dengan orang2 beriman di sisi Allah. Al-Fatihah.

SITIAWAN – Tujuh remaja maut termasuk dua beradik menemui ajal dalam keadaan mengerikan selepas mayat mereka ditemui dalam keadaan beberapa anggota badan hancur apabila kenderaan pelbagai guna (MPV), Honda Stream yang dinaiki bertembung dengan sebuah treler membawa muatan tong gas di Batu 6, Jalan Lekir-Sitiawan dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 10.30 malam itu menyebabkan Badrul Isa Sulaiman, 19; adiknya, Mohamad Hadi, 17, serta sepupu mereka, Mohamad Shadan Mohd. Arshad, 15, maut. Turut maut ialah tiga rakan sekampung mereka, Mohamad Kamil Samsuri, 15, Ahmad Faizal Mohd. Termizi, 15, dan Muhamad Shafik Redzuan Yusuf, 16.
Kesemua mereka mati dengan beberapa anggota badan mereka hancur di tempat kejadian.
Pemandu MPV terbabit, Mohd. Hisam Mat Zaki, 22, yang mengalami kecederaan parah di kepala pula meninggal dunia pada pukul 8.35 pagi semalam di Unit Rawatan Rapi, Hospital Seri Manjung dekat sini.

Tiga lagi penumpang Honda Stream itu, Khairul Faiz Mohd. Noor, 17, dan dua rakan perempuan mereka pula cedera ringan.
Pemandu treler membawa muatan tong gas, Abdul Rashid Abdul Aziz, 49, cedera parah di kepala dan sedang dirawat di hospital sama.
Ketua Trafik Daerah Manjung, Asisten Komisioner Ismail Munajat berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku setelah Mohd. Hisam cuba memotong sebuah kereta Honda Civic yang berada di hadapannya dari arah kiri.

sumber #kosmo

maaf sebab tak letak gambar mangsa. tak sesuai untuk tontonan umum. kalau nak tgk jugak beli lah paper kosmo arini. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment