Tuesday, May 29, 2012

Cinta The Flash


Lu orang tahu pasal The Flash tak? Alaa, superhero yang pakai kostum merah
yang lari kemain laju tapi tak pernah kena speed trap tu? Kalau tak tahu,
 mungkin lu orang tergolong orang yang takde tivi kat rumah
 atau golongan yang sibuk sembang MLM kat kedai mamak.

Tahu tak ada orang yang jatuh cinta serupa The Flash ni? Apa orang kabor,
cinta kilat? Kemain laju lagi dia jatuh cinta, kemain pantas lagi dia
tangkap perasaan, kemain lincah lagi dia dah menyimpan harapan.
 Amboi, pesen tak menyempat nak jatuh cinta.

Kebanyakan orang pesen camni baru kenal sebulan dua seseorang
 tu dah jatuh cinta. Pesen mudah mengikut drama tivi. Dalam drama
 tivi tu memang la tak sampai 15 minit dia dah jatuh cinta,
 kot nak samakan dengan waktu sebenar, berapa tahun pulak 
dia punya drama. Tu tak masuk lagi dengan iklan serupa cilake lagi ye dak?

Gua kasi contoh sikit, ada sorang makwe ni baru kenal sorang lelaki.
Lelaki ni budak sekelas kawan dia. Baru melepak sekali dua dah jatuh cinta.
Tak salah nak jatuh cinta tapi agak-agak la, ni lu orang tak tahu lagi
lelaki tu pesen macam mana, jahat ke orang surau ke hipokrit ke
bekas banduan ke baik macam gua ke.

Jadi seboleh-bolehnya kenal lah dulu, tak kenal maka tak cinta kan?
Tengok dulu berbaloi ke tak jatuh cinta, selagi rasa tak yakin,
 flirt-flirt je la dulu. Ni dah jatuh cinta apa semua bagai, dah simpan
 harapan apa semua tiba-tiba orang tu dia layan kita biasa-biasa je,
 kalau frust pun gua rasa nak baling dengan meja.

Kasi mahal sikit la perasaan tu, jangan mudah sangat jatuh cinta.
Faking mende nama ayah orang tu pun kita tak tahu dah nak jatuh cinta.
Tak payah nak jatuh cinta pandang pertama sangat la, gua terajang karang.
 Karang gua kabor terdesak mulalah mencarut ke gua.
Apa ingat puaka macam gua ni tak kecik hati agaknya kalau kena carut.
 Tengok, kan gua dah emosi!

Ambik masa untuk kenal dia sepenuhnya baru la boleh nak tangkap feeling.
Tak payah nak kabor lu orang punya perasaan tu memang sejati, deep, true.
Hek eleh, apa lu ingat lu Nami ke? Suka memang suka tapi untuk
menukar perasaan suka itu kepada cinta, ambillah masa.
Andai perasaan lu tu ikhlas, akhirnya akan ada jugak

Jadi lepas ni kalau nak jatuh cinta jugak, agak-agak lah.
Jangan cepat serupa The Flash, jangan lambat bebenor
serupa serupa siput babi. Tapi lu orang nak dengar, dengar la nasihat gua.
 Kot lu orang taknak dengar lepas tu mula frust serupa cilake salahkan
orang yang lu jatuh cinta tu ambik kesempatan la, tak peka la,
saja nak perdayakan la, gua boleh kabor satu benda je.

Pergilah meninggal.


via : terfaktab

Tuesday, May 22, 2012

FADHILAT BULAN REJAB



Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya. 

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut: 

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi. 

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya. 

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka, 

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal. 

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur. 

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya. 

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya. 

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya. 

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga. 

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim. 

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun. 

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun. 

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga. 

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam. 

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya. 

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim. 

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. 

Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji. 

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. 

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka. 

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti. 

Kelebihan lain bulan Rejab: 

Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali. 

Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. 

Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W. 

Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai. 

Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh. 

Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan. 

Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak. 

Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala. 

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab: 

Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun 

Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir 

Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat 

Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya 

Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain. 

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab: 

Israk dan Mikraj (27 Rejab) 

Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj) 

Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah. 

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT: 

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." 

(Surah Al Israa': 1) 

DOA BULAN REJAB: 

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah." 

Istighfar paling baik dalam bulan Rejab: 

Maksudnya: "Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya." 

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya. 

Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya

Wednesday, May 16, 2012

Sebahagian Dari Hakikat Cinta


Seringkali kita menyebut cinta,namun kita tidakkan mampu menafsirnya dengan hanya satu maksud. Cinta adalah sesuatu yang sangat luas maknanya dan selalu kita menafsirkan cinta itu ekslusif tertakluk kepada hanya satu orang.
Alangkah rugi dan tertipunya kita bila kita menafsirkan begitu, sedangkan cinta itu amat indah jika kita memahami. Cinta yang ekslusif dan paling hakiki, adalah cinta kepada Allah dan Rasulnya sahaja. Satu posisi yang tidak boleh diganti dengan suatu apapun.
Kemudian, datang pula cinta ayah ibu. Cinta yang berkemungkinan menjadi satu dimensi. Hanya ayah ibu akan menyayangi dan mencintai anak-anak mereka, sedangkan, ada  anak-anak tergamak menghantar ayah ibu ke rumah-rumah orang tua.
Dan paling popular, cinta sesama manusia. Kita selalu mengharapkan sesuatu yang abadi dari cinta dua kekasih hati. Namun, alangkah sekali lagi tertipunya kita dengan "hakikat" ini. Allah menjadikan hati manusia begitu besar dan penuh cinta. Mahu tidak mahu, kita pernah bercinta, dicinta dan menyintai. Namun, pernah terjadi kita dilukai, dan kita "berjanji" tidak akan jatuh cinta lagi.
Namun, bila pintu hati diketuk, kita kembali membuka hati dan bercinta lagi. Kenapa? Kerana hati itu bukan milik seseorang.   Hati dan cinta itu milik Allah. Allah menciptakan hati manusia secara fitrahnya penuh cinta dan kasih sayang.

Kita sayang dan cinta kepada ibu ayah. Lain cara kita menyayangi ibu, dan lain pula cara kita menyayangi ayah. Kita cinta kepada kakak, dan kita sayang kepada abang adik. Kita pernah menyintai A, dan kini kita mencintai B. Bagi seorang insan bernama lelaki, lebih mudah mereka mencintai seorang, dua, tiga atau ramai wanita dalam satu masa. Itu fitrah mereka. Mereka cinta semuanya, cuma dengan cara dan situasi yang berbeza. Wanita juga mampu melakukan begitu, cuma wanita lebih setia dan lebih beremosi.
Menyintai ramai orang dalam satu masa bukanlah perkara ajaib atau buruk, kita juga ada mengalaminya. Ia seperti menyukai McDonalds dan KFC, epal dan oren dalam satu masa. Bukan bermakna bila kita memilih, kita sudah melupakan pilihan yang lain, cuma, dunia Allah ini luas dan bervariasi. Rugilah jika kita hanya boleh memilih "satu" sahaja.
Cuma, wanita lebih gerun jika perlu "berkongsi". Mereka lebih gusar jika tidak disayangi dan dicintai lagi. Namun hakikat kasih sayang seorang lelaki, jika dilayan dengan baik dan penuh cinta, kasih sayang dan perhatian mereka masih sama. Cuma mereka tidak buta. Lelaki fitrahnya melihat dan melindungi. Fitrah lelaki suka kepada yang indah. Jadilah yang indah di matanya. Indah itu subjektif.
Fitrah lelaki melindungi. Mereka mahu melindungi wanita yang malang. Seorang lelaki perlu melindungi seseorang wanita yang teraniaya, dan dia mungkin suami anda. Wanita tidak boleh melindungi wanita sepertimana lelaki melindungi wanita. Wanita boleh menyokong secara emosi. Itu adalah tautan yang paling kuat.

Berbalik kepada hakikat cinta dan menyintai, jangan ditanya siapa di hati. Hati dan cinta itu sangat luas, sangat subjektif dan sangat mendalam. Jangan berharap menjadi "yang satu" di hati, tapi berusahalah menjadi "Nombor Satu" dihatinya. Cinta manusia tiada yang hakiki. Ia boleh berubah dan diuji.
Kembalikan hati kita kepada Allah. Hati kita juga milik Allah. Kita juga boleh berubah hati bila Allah mengkehendaki. Cuma, bercintalah dengan ikhlas dan menurut syariat. Di waktu cinta itu masih ada, nikmatilah ia dengan sepenuh ikhlas dan tulus kerana apabila hati itu diisi lagi atau berhenti menyintai, sekurang-kurangnya kita pernah berkongsi sesuatu perasaaan yang indah.Perasaan yang dikongsi itu benar.
Berdoalah kepada Allah agar cinta itu sejati, kerana apabila diuji, cinta menjadi semakin hebat dan kuat~atau mungkin juga menjauh. Allah tidak zalim bila Dia memutuskan cinta antara dua hati- cuma sebenarnya Allah ingin mengajarkan kita tentang sesuatu atau mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik lagi.

Monday, May 14, 2012

Mengubati Hati Yang Terluka


Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau suasana.
Beberapa cara boleh kita amalkan untuk mengubati hati yang terluka. Keberkesanannya bergantung kepada diri anda, namun berikut adalah cara yang sering dikongsia oleh pakar.
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan anda, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Buang Sikap Risau
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah - tanpa anda pinta.
Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.
Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.
3. Belajar Rajin Bersyukur
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap; anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunya handphone kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.
4. Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda serta menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi; agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa? Come on...
6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.
Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.
Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang baik-baik?
Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.
7. Hati Mesti 'Keras'
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.
Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.
Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Sunday, May 13, 2012

buat baik di balas baik


Setiap kebaikan yang kita lakukan, kita mesti yakin bahawa Allah s.w.t pasti akan membalas dengan ganjaran yang lebih baik. Yakinlah, "what you give, you get back". Itu hukum sunnatullah dalam hubungan sesama manusia. Begitu juga dalam bekerja, sekiranya kita membuat suatu kerja dengan ikhlas dan gigih. Allah pasti akan membalaskan kebaikan kita. Walaupun Allah tidak membalas ganjaran kepada kita sendiri, tetapi mungkin Allah bagi ganjaran kepada orang lain yang dekat dengan kita. Boleh jadi kepada anak-anak kita, keluarga kita dan sebagainya. Contohnya, kita sentiasa berusaha gigih dalam bekerja, tetapi usaha kita dipersiakan Mungkin kita kecewa sebab tidak dinaikkan pangkat dan sebagainya. Tetapi, kita tidak tahu, barangkali Allah bagi ganjaran kepada anak-anak kita. Katalah, anak-anak kita semua nya belajar universiti. Itu pun dah satu ganjaran bagi kita. Yang mana kita hendak? Hendak naik pangkat atau hendak tengok anak-anak berjaya? La tahzan! Janganlah bersedih.
Seperkara lagi, sekiranya kita melakukan kebaikan kepada orang lain. Jangan sesekali mengharapkan balasan daripada orang tersebut. Allah akan balas, tetapi mungkin bukan melalui orang yang kita buat kebaikan tadi. 


Metafora atau analoginya begini. kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita. 


Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer kemudian, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya, logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?


Tidak logik bukan?? Sebab kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya. Tetapi, ada kereta lain yang simpati dan kemudian memberi laluan untuk kita. Padahal, kereta itu tidak pernah sekalipun kita tolong. Allah telah menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikkan, tidak ada disitu untu membalas kebaikan kita. Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah berasa kebaikan kita untuk membalas kebaikkan kita tadi. Subhanallah! Renungkanlah.. bagaimana yang berlaku dalam litar jalan raya begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi boleh jadi B atau C atau D atau lain-lain yang membalasnya. Ini lah hakikat yang berlakku dalam kehidupan ini dan kita tidak boleh kecewa jika keikhlasan kita dipersiakan. 





p/s: Setiap kali kita membuat kebaikan, jangan lah mengharap balasan sesama manusia. Berharaplah dengan Allah swt. InsyaAllah...Allah swt pasti membalasnya. Renung-renungkan dan selamat beramal.. =)

Tuesday, May 8, 2012

lawatan ke PSIS

hai :)

sebenarnye ni adalah entry sambungan kpd entry yg sebelum ni .
memang banyak lagi la nak cite.
okey, kenduri kawin member aku tu kan dekat sekinchan
so, sekinchan ni memang dah dekat la dengan poli aku dulu
politeknik sultan idris shah, sabak bernam
so kami pun terpikir la nak pergi poli kami
nak pergi melawat la kononya..
walaupun tak plan nak datang tapi ape salahnya kalau singgah sekejap kan?

rindu betul rasanya..after konvo dulu langsung tak jejak kaki kesini
so, hari ni aku jejak kan kaki aku ke sini
after 4 tahun lebih kurang.
so far, tak banyak yang berubah..
poli still same macam dulu..pembangunan pun sama
jalan raya pun sama. lembu pun banyak lagi kat tepi jalan..
sama jugak. tak berubah.


tempat pertama sekali kami singgah di pntai belakang poli.
dulu kami memang selalu lah lepak sini..
time study week, orang lain belaja..tp kitorang lepak sini..
tu pasal masing2 pointer tinggi. hahaha ;D


cuaca panas. nak bukak mate pun tak bole =p


depan pintu pagar poli. dulu kat sini la port tunggu kete prebet
kalau nak kuar pekan beli megi.


ni pulak kat BNO. haa kat belakang tu ade restoran
paling femes mee udang dengan nasi goreng udang..
series, udang lebih banyak dari mee..


yeay. dh nak balik. masing2 muke penat..dah la dtang pun tak plan
tak tahu bile lagi dapat datang poli.
bye2 PSIS. bye2 sabak bernam. :)





selamat pengantin baru sahabatku..

assalamualaikum.
dah lama rasanya tak menaip kat sini..
semenjak lappy kesayangan tu rosak :(
ntah bile lah nak hantar repair..

dalam bulan ni je aku dapat banyak betul jemputan kawin.
bukan orang ajak aku kawin.
jangan salah paham pulak.
jemputan ke majlis kahwin. hahaha..
every week kot ada jemputan.
tu belum dikira majlis bertunang lagi..

best jugak pergi majlis kawin ni..
dapat makan free. jimat pun jimat..
tapi yang tak bestnye setiap kali pg kenduri org akan tanya,
"bile turn ko nak kawin pulak ni zai ?"
as usual jawapan artis la kan. "no komen"
hahaha..malas nak panjangkan cite



oh ya.
buat asnida nadia, selamat pengantin baru.
semoga bahagia sampai akhir hayat :)
suke sangat tengok semalam. cantik tau..



budak poyo mane la yang sesat ni ;)


sebelum bertolak. kul 8.30 dah gerak tau. excited gile


pengantin baru siap make up..terus kitorang masuk bilik die. hehe..
nak amik gmbr la ape lg an..



alahai. cantiknye pengantin. kalau nak dibandingkan dengan aku.
ececece...*rendah diri*


bunge tu :)


jeng.jeng.jeng.. tu dia ..ketibaan pengantin lelaki..



cantik kan pelamin? tema purple lagi tau..kerrrllasss gitu..
eh apesal aku bergambar macam tu.
terus tak nampak muke pengapit. jahat tol. hahaha


pertunjukan silat.


kalau nak masukan gambar banyak sangat..
cukup lah masukan sikit2 je..hehehe..

p/s: selamat pengantin baru as. semoga dapat jadi isteri solehah
aku doakan ko bahagia.
bahagia bersama org2 yang ko syg..sampai akhir hayat kau.
sampai syurga. cepat2 la dapat baby. nanti bleh join team syidah.
hehehe. take care.
miss you :)