Wednesday, June 26, 2013
Monday, June 24, 2013
jerebu lagi
sejak akhir2 ni kite kerap dengar orang sana sini merungut pasal jerebu. aku takda la nak merungut sangat cuma ada rasa risau sikit je pasal keselamatan dan kesihatan diri. tu la dulu time hujan semua nak merungut pasal banyak aktiviti tergendala. sekarang pasal jerebu pulak. biasa la tu kan. manusia oh manusia.
kalau kat tempat aku ni keadaan jerebu agak bahaya. IPU mencecah 400. so, sekolah harini ditutup. cuti. hip hip horay! eh over pulak. orang berkerja tetap kene keje hokay. -.-". jadi disarankan kepada orang ramai agar mengurangkan aktiviti luar. kalau boleh duduk je kat rumah tak payah nak mengada-ngada nak bawak anak-anak isteri pergi holiday. dulu time cuaca okey tanak bawak pulak. emo pulak kan :P
kalau nak keluar pulak disarankan untuk memakai medical mask yang sesuai.
![]() |
| tak payah over nak pakai mask macam ni k.. |
![]() |
| medical mask yang sesuai |
Friday, June 21, 2013
HADAPI MASALAH DENGAN BIJAK!
kepada-Nya aku bertawakal."( At-Taubah: 129)
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139)
Friday, April 26, 2013
Monday, February 18, 2013
Sunday, February 3, 2013
TERKINI: SEMAKAN ONLINE BR1M
Lebih 2.3 juta permohonan BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0) telah dihantar dan diterima setelah permohonan ditutup pada 31 Disember lepas.
Berdasarkan sumber maklumat yang kami terima, semakan BR1M 2.0 boleh mula dibuat bermula 10 Februari 2013 dan dijangka semakan BR1M 2013 boleh juga dibuat secara online buat kali yang pertama dan keputusan BR1M 2.0 juga akan dihantar melalui pos.
Semakan BR1M 2.0 Online
Semakan Keputusan BR1M 2.0 Secara Pos:
Status semua pemohon BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) juga akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan BR1M RM500 (isi rumah) & RM250 (bujang) melalui pos.
Setiap pemohon bantuan BR1M 2.0 yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 diadakan.
Semakan Keputusan Permohonan BR1M 2.0 Melalui Talian Hotline:
Anda sendiri sebagai pemohon juga boleh semak status permohonan BR1M 2.o dengan cara menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 11 Februari ini 2013.
Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja
Cara Pembayaran Baucar BR1M 2.0 2013?
Diadakan satu majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 dan baucar RM250 kepada senarai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 yang berjaya.
Kerajaan juga akan memudahkan urusan orang ramai di kawasan luar bandar menunaikan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 dengan menyediakan kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank pada majlis penyerahan baucar tersebut.
Bantuan RM500 & RM250 melalui baucar juga boleh ditunaikan di cawangan bank berkenaan di seluruh negara.
Tempoh sah laku baucar bantuan BR1M 2.0 RM500 dan baucar RM250 belum dipastikan setakat ini.
Friday, February 1, 2013
Busy
Hai.
Lama dah tak tulis kat sini.
Busy.
Serious busy.
Sekarang pun tengah busy.
Tensyen.
Arghh! Sangat tensyen.
rasa nak pukul2 je perasaan ni.
Chilex lah.
Okey okey okey.
Berlakon mcm cool.
Cool.
Dan cool lagi.
K bye

.jpg)
.jpg)