Friday, August 2, 2013

Saturday, July 27, 2013

kalau aku kaya


setiap pagi kalau masuk keje kene layan lagu ni. so bagi semangat untuk keje kuat dan cepat cjadi kaya. kalau aku kaya memang aku nak buat semua macam dalam lirik ni. hahaha. jom layan dan hayati lirik lagu ni.

Lirik Lagu Kalau Aku Kaya – Altimet feat. Awi Rafael
Kalau aku kaya
Kalau aku kaya
[Altimet]
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
[Altimet]
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar
Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter
Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)
Bagitahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Kaya,kaya
Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari ha ha)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)
Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)
Bila aku kaya (Kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)
Bila aku kaya (Kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)
Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)
Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bila lah nak kaya)
Kalau aku mampu
Buat suka hati aku







Tuesday, July 23, 2013

Kisah Sebenar Ibu Tinggalkan Anak Dalam Kereta....


Bebanan dan tugas yang ditanggung oleh para guru masa kini sangat berat. Kami 'yang menurut perintah' ini terlalu memikirkan urusan kerja yang tak pernah surut sehinggakn kekadang keluarga dan rumahtangga terabai.

Sebab kematian ini berlaku dalAm keadaan yang menyayat hati... Alkisah cerita ni berlaku petang semalam. Cuaca semalam area subang jaya ni cerah, dan matahari panas smpai ke petang. Alkisahnya, Si cikgu ni mengajar di sesi petang. Oleh kerana ada mesyuarat e-hrmis dan e- apa-apa lagi tu, cikgu ni keluar awal drp biasa krn perlu hadiri meeting.

Suami cikgu ni outstation, maka memanglah kelam kabut. Cikgu ni angkat anak yang masih tidur, ke kereta. Anak kecil itu dibaringkan di tempat duduk belakang. Anak itu biasanya akan dihantar ke rumah pengasuh sebelum ke sekolah. Malangnya, entah macamana, sbb kepala dok ingat tentang kerja-kerja di sekolah, dan meeting yang akan dihadiri, cikgu ni tadi terlupa nak hantar anak dia ke tempat pengasuh seperti sepatutnya.

Sampai saja di sekolah, cikgu tu lupakan anak dia masih di dalam kereta. Dia matikan enjin dan kunci kereta, terus tinggalkan anak di dalam kereta sndiri.. Bayangkan anak itu ditinggalkan pd cuaca panas , dan tidak buka tingkap. Apa yang akan terjadi??

Tapi, yg sedihnya Cikgu tu terus terlupa anaknya yang masih dalam kereta, dan dia teruskan kerja seperti biasa. Sehingga ke petang jam 5 lebih masa nak balik, cikgu tu terus ke kereta. Terkejut, tengok anaknya ada dalam kereta. Baru dia teringat, dia lupa hntar anak ke rumah pengasuh.
Tapi, yg lbh menyayat hati, anaknya ditemui sudah tidak bernyawa lagi. Bajunya dikoyak-koyak mungkin sbb kepanasan. Sudah terkencing dan terberak. Teddy bear yg dipegangnya pun basah kuyup sbb peluh dan air mata.. Masya-Allah, siapa sangka anak kecil itu mengakhiri nyawanya sebegitu ."

Wednesday, July 17, 2013

ini untuk anda wahai pemandu kereta!

Assalamualaikum.

Dari Penunggang Motosikal,
Seluruh Negeri,
Malaysia.
_____________________________________________________

Kepada Pemandu Kenderaan 4 tayar dan ke atas,
Seluruh Negeri,
Malaysia.

Tuan/Puan

Saya mewakili penunggang motorsikal seluruhnya ingin berpesan dan berkongsi kepada pemandu-pemandu kereta yang tidak pernah berpengalaman menjadi penunggang motorsikal atau yang tidak
memahami perasaan menjadi penunggang motorsikal bahawa:

1) Kami berhak menunggang motorsikal di dalam lorong utama. Bukan hanya menunggang di lorong kecemasan. Kerana kami juga bayar cukai JALAN. Bukan cukai LORONG KECEMASAN. Tidak perlu
bunyikan hon atau nyalakan lampu tinggi kepada kami.

2) Jika pemandu kereta ingin memotong kereta di hadapan, dan ada penunggang motor di laluan bertentangan, kami layak di hormati. Jangan memotong dengan tanggapan bahawa kami kecil dan boleh mengelak.

3) Di kawasan sesak & jem, tolong lihat belakang dan sisi terlebih dahulu sebelum menukar lorong & pastikan beri signal 10 saat terlebih dulu, (KAMI BUKAN ROBOT yg "auto detect" kereta nk kekiri atau kanan) sebab yang parah bukan anda tapi kami. TAKE NOTE!!

4) Penunggang motorsikal seperti kami BUKAN mat rempit. Kami layak dihormati sama seperti orang lain.

5)Kepada pemandu kereta yang merokok, jangan sesuka hati mencampakkan puntung rokok ke luar tingkap. Perhatikan dahulu
jika ada penunggang motorsikal atau pengguna jalanraya yang lain. Puntung rokok yang masih berbara itu berkemungkinan termasuk ke dalam pakaian penunggang motorsikal dan membahayakan kami.

6) Jangan hina kami hanya kerana kami menunggang motorsikal. Allah dah turunkan rezeki masing-masing. Tak perlu berbangga dengan harta dunia.

Sekian.

Yang menunggang motorsikal..
P/S : Tolong Share ^^
Salam Ramadan

Tuesday, July 16, 2013

Wednesday, July 3, 2013

ukhuwwah

Tidak kira Berapa nilai sen yang kita ada, kita tetap Saling memerlukan antara satu sama lain, pipit dan enggang Saling memerlukan. Ukhuwwah kerana Allah sangat indah. SubhanAllah! 



Friday, June 28, 2013

berfikir sejenak

assalamualaikum dan hai.

semalam bukan fb fynn jamal. writer yang aku sangat minat. setiap penulisanya jujur. sungguh jujur. kebanyakan ape yang die tulis kita sendiri tak terfikir. atau tak sedar.
kat sini penulisan die yang aku rasa nak share. jom baca sama-sama. dan berfikir.


biasanya dimulakan dengan:

jangan bagi anak (isi perbuatan / habit di sini). nanti dia--

jongang.
gemuk.
lembab.
gelap.
teleng.
gembeng.
gagap.
(isi gelaran2 jahat yang biasa kita dengar di sekolah di sini)

soalan.
apa agaknya perasaan orang2 yang takdirnya memang jongang, gemuk, lembab, gelap, teleng, gembeng, gagap tadi.

should we call them nature's defect?
layakkah kita memanggil mereka sesuatu yang kita 'boleh elakkan'?

we keep on being so obsessed with being the perfect being. sehingga kita merasakan begitu perlu untuk menyempurnakan orang.

berhentilah.

dan paling berhenti bila kau rasa miang keringkong untuk lafaz ayat2 di atas tadi pada ibu bapa anak2 kecil yang tidak kau kenan sifatnya.

sebab aku rasa--
tak ada mak bapak dalam dunia yang tak mampu terima jongang, gemuk, lembab, gelap, teleng, gembeng, gagap anak dia.

sama macam mak bapak kau mampu terima kau lahir tanpa empati tinggi sesama manusia.



credit to: fynn jamal.