Monday, January 21, 2013

Diner last nite

Salam semua.
Selamat pagi hari ahad.
Waa hari Ahad pun kena bangun awal.
Tapi takpe. Mood happy menang hadiah masih tak habis lagi.
Last entry ada update pasal nak pg diner kan? Smlm dah pergi dah pun.
Best gile. Makanan yang sedap. Service tip top. Senang cite sume enjoy. Gmbr makanan lupe nak snap.
Almaklum la. Perut lapar tak ingat dunia. Hehe.
And the best part, time bertukar2 hadiah..aku pilih label creative..dapat no 6. Dapat hadiah yg comel gile. Lepas tu kami dikejutkan apabila pihak management sediakan hadiah "the most popular leadership award". Sume org debar2 dan berteka teki je pemenangnya.
Dan diumumkan, pemenangnya adalah..jeng..jeng..jeng..
ZAIDAH!!!
hah? Me? Aku? Rasa nak pengsan i olls..pastu g depan amik hadiah dengan muka bangla dan belagak. Hahaha.
Thanks kepada semua yg pecyakan sy dan sudi undi sy. Kejayaan ini adalah kejayaan kita besama. Lepas ni mohon undi lagi. Bajet retiss sangatt..
Ok. Bye. ;)

Sunday, January 13, 2013

Persiapan untuk annual dinner

Hai.
Selamat bercuti dan selamat hari Ahad. Waa bestnya cuti. Duduk rumah dan tidur je sepanjang hari..
Dah lama tak rase macam ni.
Oh. Next week ada anual diner company.
Jadi, semalam memang penat duk cari bju nak pg diner. Kaki lenguh berjalan.
Pilihan pertama aeon bukit tinggi, dan kedua adalah GM Klang.
Nak cari baju yang cantek, berkualiti, tapi harga nak murah je.
Mane nak cari? Last2 jumpe jugak.
Best2. Tak sabar nak pakai baju tu.
Tunggu next update after anual diner tu yea.
Kalau letak gambar sekarang tak surprise la. Haha. Poyo je aku nih. Cis.

Thursday, January 10, 2013

Terbang percuma

Hai semua.
Nak terbang ke sabah dan sarawak dgn percuma?
Dengan airasia semuanya akan menjadi kenyataan.. Wahahaha.
Dah jadi mcm duta airasia plak aku rasa.
Kalau korang nk dpt tiket percume, kene booking daripada sekarang. Sebab terhad kepada 10ribu seat sahaja dalam tempoh 1 bulan.
Ape tunggu lg? Jom booking cepat2.
Peluang keemasan bukan datang selalu. ;)
Kalau nak pegi ke tempat lain pun bole jugak. Harga dari serendah rm39 saje.
Harga memang habis murah habaq hang. Byr tol pun lagi mahal tau.

Tuesday, January 8, 2013

Festival pengantin

Hai.
Just nak sharing. Kelmarin hari ahad aku ada pg ke satu festival di setia city convention centre..festival pengantin.
Kebanyakan yg pg ke event tu adalah org yg akan mendirikan rumah tangga.
Masuk je ke dalam bngunan tu, terus rasa mcm artis pulak. Haha..tahu kenape? Sebab kiri kanan org duk panggil sambil edarkan brochure dorang. Memang ramai la smpai rasa susah nak berjalan.
Wah..feling mcm artis jalan dengan berlagak sambil kiri kanan peminat panggil mintak sign..hahaha..
Brochure yg aku dapat ada la 50keping agaknya. Tp okey la. Boleh buat perbandingan bg memastikn dpt service yg tebaik tp harga murah..haha..
Kalau korang yg nak kawin memang bagus datang ke festival mcm ni.
Macam2 info yg korang boleh dapat. Dari segi katering, mak andam, khemah, pelamin, hantaran, pakej honeymun, buah tangan kpd tetamu dan banyak lagi la..
Ni antara pelamin yg aku suka sangat. CNTEK TAU.

Sunday, January 6, 2013

Sakit gigi menyerang

Hai.
Alamak.
Sepanjang 25tahun hidup, ini adalah kali pertama diserang sakit gigi.
Tak tahu bengkak gusi ke nak tumbuh gigi bongsu ke ape.
Seriously rasa sakit ni lagi teruk dri migrain. First time kene memang la sakit. Rasa nak tidur je..
Ha petang semalam pg beli ubat ni dkat kedai. Alhamdulilah dah beransur pulih. Ubat ni bg kesan kesan dalam masa 4jam je. Lepas tu akan rasa sakit balik.
Tapi, ubat ni tak elok diamalkan. Makan time sakit sangat je.
Harap sangat cepat pulih.
Amin.

Friday, January 4, 2013

Selamat tahun bru

Hai. Assalamualaikum.
Dah lama rasanya tak menulis disini..
Dan rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat tahun baru kepada semua.
Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun sebelum nya.