Monday, February 13, 2012

Ayat lawak Mr. Karam Singh Walia...




1. Biar lambat asalkan tak cepat

2. Biar putih tulang, jangan kuning gigi

3. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula

4. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar

5. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan kulit, 
manusia mati meninggal dunia

6. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap

7. Alang-alang mandi biar guna sabun

8. Lembu punya susu Cap Teko dapat nama

9. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. 
(beli la pukat tunda lagi baik)

10. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut

11. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili

Friday, February 10, 2012

AYAT AYAT KELAKAR SEPANJANG ZAMAN OLEH SAMY VELLU


Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun. Jom kt share kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"
Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu.

SUMBER DARI: Facebook

Saturday, February 4, 2012

salam maulidur rasul.

selamat pagi.
pagi yang indah. 
pagi yang bahagia.
pagi yang menggembirakan.
semoga pagi yg indah ini akan berterusan.
tapi cemana plak ngan petang dan malam?
semoga indah2 belaka buat semua. ;)

hari yang baik
 dengan perasaan yang baik 
untuk memulakan perkara yang baik.
semoga hari ini semua orang akan menerima berita yang baik2..

hahahahahaha. berpuisi kah?
salah. cuma nak ucap selamat pagi saja.
bila hati senang. hati gembira ni la jadinya. hahaha..
kenapa hati senang?
sebab petang ni gua nak balik kampung.
lu orang ada? tak ada kan?
*tetibe tukar perwatakan jadi langsi plak*
selamat bercuti :)
walaupun baru je minggu lepas cuti kan? hehehe

hehehe. salam maulidur rasul buat semua umat islam seluruh dunia.
teringat dulu zaman sekolah.
dapat berarak smbil bawak sepanduk.
dan sepanjang perjalanan tu akan berselawat ke atas rasullullah s.a.w
tapi sekrang ni dah takde semua tu. 
rindu rasa nak buat macam tu lagi ..




Wednesday, February 1, 2012

tuah manusia siapa yang tahu

Assalamualaikum. and morning ;)

sebelum ni kan aku pernah bgthu pasal sambutan CNY tu kan?
ala yng diner dan lucky draw tu.
hehehehe. kat bawah ni la hadiah nyer. 
maknenye tahun ni aku ade due hadiah la.
satu lagi dekat entry ini
jom tengok ape nombor bertuah aku :)





tengok tu. nombor 8. tu la nombor bertuah saye. tehehehehe ;)



cantik sampul surat. ;P



ape ade dalam ni? tak bukak2 pun lagi. hahahahaha. belagak seyh! dush!


ok tu je. bukan niat nak berlagak yea kawan2.
sekadar bersyukur dengan ape yang kite dapat..
dapat rm10 pun kene bersyukur tau.
tu namenye rezeki.
bukan senang bulan nak jatuh ke riba *tetibe je*

ok bye, ;)